Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Ameera Khan Luah Hasrat Tinggalkan Malaysia, Mahu Bebas Jadi Diri Sendiri - “Saya Akan Ke Tempat Yang Saya Akan Diterima…”

Umirah Halim 30/04/2025 | 03:25 MYT
Pempengaruh media sosial Ameera Khan meluahkan hasratnya untuk meninggalkan Malaysia baru-baru ini.

Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram Story (IGs), selepas ditanya oleh salah seorang pengikutnya tentang keinginannya menetap di luar negara.

Menurut Ameera, hasrat tersebut bukanlah kerana dia membenci tanah air sendiri, sebaliknya kerana merasakan ada individual yang tidak menerima dirinya seadanya.

“Saya dah lama rasa mahu tinggalkan Malaysia. Jangan salah anggap, saya sayangkan negara saya,” kata Ameera dalam hantaran tersebut.

Adik kepada selebriti terkenal Neelofa itu turut menyatakan keinginannya untuk mencari tempat di mana dirinya boleh bebas menjadi siapa dirinya yang sebenar, tanpa perlu tunduk akan jangkaan atau kecaman orang lain.

“Saya pasti satu hari nanti bila saya sudah bersedia, saya akan ke tempat yang saya boleh jadi diri saya sendiri. Saya akan ke tempat di mana saya akan diterima dan tentunya bukan di sini,” tambahnya lagi.

#Ameera #Malaysia #Negara #Khan #Pindah