Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ameera Ni Baik… Kalau Dapat Orang Yang Betul, Dia Boleh Jadi Isteri Yang Baik” - Neelofa

Izwan Isa
27/05/2023 00:50 MYT
Usahawan dan selebriti Neelofa mengakui tidak tahu menahu mengenai khabar angin yang mendakwa adiknya, Ameera Khan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon dari Indonesia, Jefri Nichol.

Neelofa berkata, Ameera ada memberitahu menerima banyak komen dari warga Indonesia, tetapi tidak pula tahu menahu identiti lelaki yang dimaksudkan.

“Tak aware (mengenai khabar angin tentang hubungan Ameera dan Jefri). Tapi saya tahu banyak warga Indonesia meninggalkan komen di Instagram Ameera. Itu pun Ameera sendiri yang kongsi dengan saya.

“Cuma identiti individu yang dimaksudkan saya tidak pasti,” katanya kepada Gempak.

Neelofa berkata demikian pada majlis pelancaran koleksi tudung terbaharunya, Naelofar x Disney di ibu kota semalam.

Ditanya adakah Neelofa dan keluarga sedia menerima jika Ameera mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang bukan berasal dari Malaysia, Neelofa menjelaskan, dia menerima sahaja pilihan adiknya itu.

“Saya mana-mana pun ok. Asalkan sesuai dan baik… serta boleh membimbing dia. Saya ada cakap dengan suami, Ameera ni budak baik.

“Kalau dapat orang yang betul, yang boleh bantu dan guide dia, dia memang boleh menjadi seorang isteri yang baik,” katanya.

Diminta untuk mengulas mengenai gambar pakaian renang yang dimuat naik oleh Ameera di Instagram sehingga menimbulkan kekecohan ramai orang baru-baru ini, Neelofa menjawab: “Kalau dalam kalangan adik beradik dia akan selalu dengar cakap saya dan Aqief. Kalau ada apa-apa, biasanya Ameera akan dengar cakap saya dan abangnya.

“Saya pun tahu hal tersebut daripada media sosial. Kami memang ada family group. Cuma jarang berjumpa, lebih-lebih lagi sudah tinggal berasingan. Jadi, kami ada plan nak jumpa dia esok (hari ini). Sebab dia pun baru sahaja pulang dari luar negara,” katanya lagi.

#Neelofa #Jefri Nichol #Ameera Khan
;