Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Ameerais Forteen Bergelar Bapa, Berikan Nama Bayi Sulung Noah Eusoff, Tahniah!

ZULHILMI JALIL
17/03/2020 00:50 MYT
Penyanyi yang juga ahli kumpulan Forteen, Ameerais Azhar berkongsi berita gembira apabila isterinya, Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 14 Mac lalu.

Ameerais atau nama sebenarnya, Mohamad Arif Ameerais Azhar, 30, berkongsi hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram malam tadi.

"Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan putera sulung kami, Noah Eusoff.

"Semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungan-Nya. Amin," tulisnya.

Ameerais turut mendedahkan kepada umum wajah anak lelakinya menerusi perkongsian dua keping foto yang hanya ditutup pada bahagian mata.

Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. ?? ???♥️????? #NoahEusoff #AmeeraisNajaJunior #babyforteen

A post shared by Ameerais Azhar | FORTEEN (@ameerais.azhar) on


Bahkan, Ameerais turut berkongsi akaun Instagram anaknya yang diberikan nama sebagai @ameerais.naja.jr.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Ameerais yang kini sudah bergelar seorang bapa.

Ameer mendirikan rumah tangga dengan Nurnaja'a pada 1 Mac 2019.

Sementara itu, jangan lupa, saksikan program yang pernah menampilkan Ameerais dan Forteen di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Forteen #Ameerais Azhar #Noah Eusoff