Laman Utama

Amelia Henderson Mahu Suami Pandai Masak - "Saya Lebih Suka Makan Dari Duduk Di Dapur..."

gempak
Syafiqah Jalal
16/02/2023
04:10 MYT
Sponsor Banner
Amelia Henderson Mahu Suami Pandai Masak - "Saya Lebih Suka Makan Dari Duduk Di Dapur..."
Pelakon dan pengacara, Amelia Henderson mendedahkan dia seorang wanita yang tidak minat untuk memasak dan menghabiskan banyak masa di dapur.
Kata Amelia mungkin kerana kerjayanya sebagai anak seni kini yang menuntunya untuk keluar bekerja lebih daripada meluangkan masa memasak.
"Saya seorang yang tidak memasak di rumah kerana sentiasa 'on the go'. Lagipun terus terang saya tak pandai memasak langsung.
"Saya lebih suka makan dari memasak dan duduk di dapur. Lagipun gaya hidup saya sebagai pelakon yang sangat sibuk ini membuatkan saya balik ke rumah hanya untuk berehat dari memasak," katanya kepada Astro Gempak.
Amelia ditemui Gempak ketika sidang media Star Vs Food Malaysia musim kedua di Menara Mustafa Kamal pada Isnin.
Apabila ditanya adakah di masa akan datang iaitu selepas berumah tangga Amelia akan memasak, dengan nada berseloroh dia memberitahu akan mencari suami yang pandai memasak.
"Setakat ini saya boleh kata belum tiba masanya lagi untuk saya jadi kreatif dan belajar memasak.
"Nak kahwin nanti mungkin saya kena cari calon suami yang pandai masak kerana dia pun kena tolong bukan tanggungjawab isteri seorang," jawabnya.
Mengulas mengenai penglibatannya dalam Star Vs Food musim kedua, Amelia seronok dapat bergandingan dengan Cef Raymond sebagai pasangan dalam episod yang menampilkan mereka berdua.
"Seronok sangat, cuma biasanya kalau dapat tawaran buat program makanan saya lebih okey tapi bila kena memasak ni saya gementar.
"Tapi dengan Cef Raymond ia sedikit menakutkan sebab bimbang tak dapat memberikan apa yang dia mahu.
"Saya banyak kena ikut arahan dia dalam membantunya memasak. Hidangan yang dimasak sangat details manakala saya pula hanya tahu masak perkara basic sahaja.
"Yelah kalau di rumah untuk makan sendiri saya hanya tahu buat sandwich atau goreng nugget ayam dalam air fryer sahaja" tambahnya lagi.
Star Vs Food Malaysia 2 akan menampilkan lebih ramai gandingan selebriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional: Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan; Prof. Dato’ Cef Zam adan Ning Baizura; Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson; Altimet dan Cef Thevi; Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila; Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie; serta Cef Edwin Chan dan Diana Danielle, yang akan melapisi 7 episod.
Gandingan mereka ini ada menyediakan pelbagai hidangan baharu dalam setiap episod termasuk makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi, sambil mengembara merentasi bandar-bandar di seluruh negara.
Star Vs Food Malaysia 2, akan mula ditayangkan pada 19 Februari ini pada jam 12 tengah hari, setiap Ahad di PRIMEtime (Saluran 704) dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 7.30 malam. Selain itu boleh juga strim di On Demand dan Astro GO.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live