Gempak Most Wanted 2022
Amelia Henderson & Sean Lee Bakal Kemudi Program Terbaharu Gempak Most Wanted 2022!
Astro Gempak kini muncul dengan sebuah program carta terbaharu iaitu Gempak Most Wanted 2022 (GMW2022).
Istimewanya GMW2022, dua selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia lakonan akan diperkenalkan untuk mengendalikan program ini.
Dua selebriti yang dimaksudkan adalah pelakon berbakat Amelia Henderson dan juga Sean Lee.
Jika tahun lalu anugerah ini memberi pengiktirafan Individu Tergempak 2020 kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, tahun ini pula
GMW2022 tampil memberi penghargaan kepada individu, pempengaruh, selebriti, content creator dan kandungan yang menghangatkan dunia digital negara.
Sebanyak 9 kategori tergempak dipertandingkan untuk menentukan siapakah individu ataupun kandungan yang layak dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted 2022.
- Video Trending Tergempak 2022
- Drama Trending Tergempak 2022
- Music Video Tergempak 2022
- Digital Content Creator Tergempak 2022
- Influencer Tergempak 2022
- Lagu Tergempak 2022
- Motivator Tergempak 2022
- Personaliti Gamer Tergempak 2022
- Selebriti Digital Tergempak 2022
Selain mengundi, anda juga diberikan kuasa untuk membuat pencalonan baharu bagi personaliti digital dan content kegemaran anda.
Bagaimana nak mengundi?
Tekan di sini untuk mengundi siapa yang patut menjuarai carta kategori-kategori ini setiap minggu.
Tonton GMW2022 yang akan bersiaran bermula 28 September ini, 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).
Selamat mengundi!
Must-Watch Video