Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Amelina Berang Wajah Anak Perempuan Dijadikan Fake Account Di Facebook; “Dasar Mental Sickness”

Shahrin Zulkifle
20/09/2022 07:00 MYT
“Tak cantik atau tak handsome tidak apa, tetapi jangan menipu!”

Demikian luahan rasa kesal penyanyi dangdut Amelina selepas mengetahui wujud akaun palsu di laman Facebook yang menggunakan gambar anak perempuanya, Puteri Nur’ Athirah, 21.

Amelina menerusi kemaskini terbaharu di Instagram turut meminta orang ramai untuk menyekat dan ‘report’ akaun palsu tersebut yang menggunakan nama Amira Haslina.

“Pada sesiapa yang ada FB (Facebook) tolong cari akaun atas nama Amira Haslina ini yang gunakan gambar anak Kak Long (panggilan Amelina) sebagai gambar profil dia! Dan tolong sekat. Demi Keselamatan!” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

Dalam pada itu, Amelina turut menyifatkan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan wajah anaknya sebagai seorang yang mempunyai masalah mental.

“Dasar mental sickness dan psiko,” ujarnya.

Tambah pelantun lagu Semakin Rindu Semakin Asyik itu lagi, tindakan untuk melaporkan hal tersebut kepada pihak Polis akan dilakukan dengan segara.

Sementara itu, rata-rata netizen di ruangan balas turut membantu Amelina dengan memberitahu mereka sudah pun menyekat dan ‘report’ akaun tersebut.


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Amelina #Fake Account #Palsu