Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish, menjelaskan kemunculan semula kumpulan tersebut disebabkan idea yang disuarakan oleh Amer pada 2016.
Menurut Cat, mereka mengambil masa selama dua tahun untuk membentuk semula kumpulan Ruffedge disebabkan kekangan masa daripada anggota yang lain.
"Sebenarnya idea ini datang daripada Amer yang dia inginkan kami bergabung semula setelah hampir 11 tahun semua membawa haluan masing-masing.
"Sejak daripada itu kami merancang semula perjalanan karier dan memilih lagu yang sesuai untuk dihasilkan dengan pasaran sekarang.
"Alhamdulillah setelah dua tahun merancang kami akhirnya berjaya melaksanakannya pada tahun ini.
"Selain itu juga, kami ada perancangan untuk mengadakan sebuah konsert pengenalan kepada peminat-peminat setia yang merindukan Ruffedge," katanya kepada Astro Gempak.
Cat berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Raikan Hari Lahir Boboiboy di Pejabat Kemajuan Negeri Perak, Oasis Ara Damansara, Petaling Jaya, pada Selasa.
Tambah Cat, Ruffedge akan tampil dengan single baharu pada penghujung bulan Mac depan.
Dalam pada itu, Ruffedge akan membuat persembahan pertama secara umum sempena meraikan hari jadi animasi bersiri popular Boboiboy di Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh, Perak pada 17 Mac depan.
Sepanjang cuti sekolah bermula dari 17 hingga 25 Mac depan pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh MAPS untuk para pengunjung selain persembahan daripada artis terkenal, Ruffedge, Bunkface, Altimet, Joe Flizzow dan Sonaone.
Rozaimi Zubaidi
Wed Feb 28 2018

.png?ext=.png)
We Tried The Longest Zip Coaster Ride in the World at ESCAPE Penang
Officially their second Guinness Book of Records feat!

"Ya, Saya Dah Ceraikan Ellie" - Azri Iskandar
Jodoh tak panjang...

“Bukan Mudah Tapi…”- Ellie Suriaty & Azri Iskandar Sah Cerai Talak 1
Selepas 19 tahun, jodoh tak panjang....
![Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3] Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/360/1967314/thumbnails/5820789891652759768203_640x390.jpeg)
Wacha Ala Malaysia | Mizi Take It Easy [Episod 3]
Episod kali ni ada member baru join Mizi, Ernest & Batrisyia. Siap kena interview lagi ye.. Tapi challenge minggu ni love! Saksikan Mizi Take It Easy setiap Selasa jam 12 tgh di Astro Gempak! #MiziTakeItEasy #GempakOriginalSeries

Ibu Dedah Neelofa Takut Lipas
Kami semua panggil dia Love mungkin sebab ada sinonim juga dengan nama dia, Lofa.

“Lebih Teruk Dia Telah Perkenalkan Dengan Seorang Lelaki…”- Rugi RM52,900, Wanita Bakal Heret Bekas Isteri Da’i Farhan Ke Mahkamah
Bekas Isteri Da'i Farhan buat hal lagi?

“Dari Dulu Teringin Bawa Anak Yatim Tunai Umrah” - Hafiz Mahamad Syukur Dapat Tunaikan Nazar
Alhamdulillah, tertunai nazar.

“Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?
Amboi masing-masing!

Normah Damanhuri Boleh Tanggal Tudung Tapi Kena Pakai Wig, Akui Ada Rasa Segan Bawa Watak Gedik-Gedik Manja!
Normah Damanhuri bincang dulu dengan pengarah Tiga Janda Melawan Dunia.

“Tidur 1 Jam Je Malam…”- Selepas 7 Hari Mira Filzah Kongsi Nama Anak & Pengalaman Jadi Ibu
Cantiknya nama anak Mira...