Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Amerika Syarikat Bakal Mula Pemberian 'Booster' Vaksin Pfizer Bulan Ini

Asraf Aided
06/09/2021 11:10 MYT
Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan mula memberi suntikan dos ketiga atau 'booster shot' COVID-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada 20 September ini.

Memetik laporan Reuters, Pfizer-BioNTech telah menghantar data-data yang diperlukan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), sebagaimana dimaklumkan oleh pakar penyakit berjangkit, Dr Anthony Fauci.

Dalam pada itu, syarikat Moderna masih belum lengkap, sekiranya pihak mereka tidak melengkapkan pemberian data sebelum 20 September, pemberian 'booster' Moderna akan diberi kepada penduduk AS kemudian.

Bagaimanapun, Dr Fauci berharap agar kedua-dua syarikat pengeluar vaksin berkenaan dapat menyelesaikan segala proses yang diperlukan sebelum 20 September ini.

Bercakap pada Ahad, Dr Fauci mengatakan pemberian dos 'booster' itu adalah selamat, namun kepastian akan dikeluarkan oleh pihak FDA.

Terdahulu, pentadbiran presiden Joe Bidden mengumumkan dos penggalak vaksin COVID-19 akan diberikan kepada rakyat negara berkenaan bermula 20 September.

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama meningkatkan peratusan rakyat yang menerima vaksinasi lengkap di negara kita.

Kepada yang mempunyai masalah kesihatan pula haruslah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, serta tidak mudah terpengaruh dengan mesej palsu dan negatif yang tersebar di media sosial.

Selain itu, semua SOP dan penjagaan kebersihan diri haruslah terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

#Amerika Syarikat #Vaksin #pfizer #Booster