Laman Utama
Amerul Affendi Bidas Kenyataan A.Aida Utamakan Rupa Dari Bakat - "Eloklah Tamatkan Semua Kursus Lakonan Yang Ada"
"Cukup dulu buat masa ni.. sebab nak tunggu respon dari Finas," demikian kata pelakon Amerul Afendi mengenai ciapan di Twitter yang seakan-akan menyindir pandangan Datuk A.Aida yang mengutamakan rupa berbanding bakat.
Jelas Amerul, isu terbabit seharusnya mendapat ulasan daripada ilmuan dan ahli akademik agar perspektif yang dilontarkan lebih setara.
"Nak lagi sedap isu ini dan berkembang ke arah positif baiknya dapatkan feedback dari ahli-ahli akademik yang mengajar di IPTA dan IPTS serta sekolah seni Malaysia.
"Lebih ramai akan tertarik untuk baca dan dalam masa yang sama mereka dapat pengetahuan baru yang lebih baik," ujarnya kepada Gempak.
Terdahulu, A. Aida yang juga Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kekal dengan pendiriannya bahawa rupa paras adalah elemen penting untuk menjadi seorang pelakon.
Justeru, Amerul mempersoalkan tindakan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian menerusi ciapan terdahulu.
"Kenapa dia berani bagi pandangan begini? Apa betul ramai akan tengok bila satu-satu cerita dibarisi pelakon yang cantik dan kacak?
"Jadi elok lah semua IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia menamatkan semua kursus lakonan yang ada.. tak baik scam bakal-bakal pelajar yang bersungguh-sungguh berhabis duit mencari ilmu.
"Kerana bila ahli lembaga pengarah Finas sudah keluar statement begini sudah tentu ramai yang ikut kan?
"Saya bidas kerana dia seorang ahli lembaga pengarah Finas dan keluarkan statement di majlis Finas. Apa respon Finas atas kenyataan yang dia keluarkan.?
"Sekarang ini ramai pensyarah-pensyarah di IPTA dan IPTS telah bersuara hal ini.. mereka juga turut membidas tentang hal ini," ciap Amerul.
Dalam perkembangan terbaharu, Amerul antara pelakon yang membintangi drama One Cent Thief yang bersiaran setiap Sabu pukul 9 malam di di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Must-Watch Video