Pelakon hebat Amerul Affendi sememangnya dikenali sebagai pelakon yang lantang bersuara apabila berlaku ketidakadilan dalam dunia seni lakonan tanah air.

Baca: "Jangan Jadi Ketam Ajar Anak Berjalan" - Bront Palarae, Amerul Affendi Sindir Ahli Politik?

Terbaru di Instagram miliknya, Amerul yang melakonkan watak Belut dalam Kuala Lumpur Gangster Underworld 2 (KLGU2) meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak ada tindakan yang diambil apabila siri tersebut ditayangkan secara haram di laman YouTube.

"Terima kasih buat semua yang menonton siri #KLGU2 di saluran yang sah tidak kira vip atau pun free. Sokongan kalian amat saya hargai.

"Oleh kerana tiada tangkapan dibuat jadi ada lagi channel lain pula di YouTube masih memuat naik siri ini. Kerana apa, kerana tiada contoh untuk diambil iktibar," tulis Amerul.

Baca: "500,000 Followers Baru Produksi Ambil Berlakon" - Amerul Affendi Kecewa Kerana...

Kecewa dengan perkara tersebut, Amerul mengambil keputusan untuk tidak lagi membawa watak Belut dalam siri tersebut.

"Maka dengan ini BELUT SIGNING OFF.

"Mohon maaf buat semua yang mahu siri ini diteruskan. Walaupun ia diteruskan saya tak akan berada di situ lagi. Tidak ada gunanya jika ia diteruskan selagi ada yang bersikap seperti yang ada-ada sekarang," tulis Amerul lagi.



Pelakon Bikin Filem ini jelas mahukan pihak yang tidak bertanggungjawab supaya tidak mengganggu mata pencarian anak seni, dan mahukan pihak berwajib mengambil tindakan kepada mereka yang memuat naik karya-karya seni secara haram.