Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Iklan

Amigo Ajar Harith Iskander Cakap Spanish

Ahmad Shah 01/09/2016 | 12:59 MYT
Pengacara popular, Harith Iskander menjemput salah seorang tetamu rancangan bual bicara Obviously Harith Iskander yang berasal dari negara Mexico.

Dikenali sebagai Amigo, Harith menjemput tetamunya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Namun begitu, identiti Amigo masih lagi menjadi rahsia. Siapa sebenarnya Amigo? Perwatakan Amigo yang kelakar membuatkan dia begitu ‘ngam’ dengan Harith walaupun pertama kali bertemu. Mereka tak henti-henti bersembang dan perbualan mereka turut disulami dengan gelak ketawa.

Dalam pada itu, Amigo juga sempat mengajar Harith beberapa perkataan dalam Bahasa Spanish yang merupakan bahasa rasmi negara Mexico. Kelakar betul gelagat mereka!

Bukan itu sahaja, ada satu lagi perkara yang panas dan masih misteri mengenai siapa sebenarnya Amigo. Sebelum itu, mari kita layan video di bawah!

#Advertorial #Iklan #Amigo Forever #Harith Iskander
;