Baru sahaja nama melonjak naik, pelakon Amir Ahnaf didakwa sudah tunjuk belang apabila enggan melayan peminat yang mahu bergambar dengannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, seorang individu memuat naik satu kisah apabila permintaannya untuk bergambar bersama didakwa tidak dilayan oleh pelakon drama bersiri Projek: High Council tersebut.

Menurut individu tersebut, mereka bertemu dengan Amir di sebuah program nyanyian dan menunggunya sebanyak dua kali, namun kecewa tidak dilayan.

"Kawan saya panggil Amir sendiri, dan Amir hanya tengok dia annoyed face dan berpalingkan muka," antara luahan peminat itu.

Bagaimana pun menerusi Insta Story di Instagram rasmi kelab peminat Amir bernama @kinger.fear menjelaskan situasi sebenar sskaligus meminta maaf bagi pihak pelakon itu.

"Kami ingin menjelaskan apa yang berlaku. Amir Ahnaf didakwa dan digambarkan dalam video viral baru-baru ini di tiktok sebagai kurang mesra daripada yang diandaikan orang.

"Terlebih dahulu, kami ingin memohon maaf secara terbuka di sisi beliau sekiranya anda merasa terluka dengan perbuatannya pada malam itu. Kami percaya Amir tidak berniat untuk mengecewakan mana-mana individu berkaitan.

"Sejurus selepas rakaman Big Stage tamat, 'KingerFear' (peminat) sedang menunggu di tempat letak kereta, bersiap sedia untuk bergambar bersamanya.

"Malangnya, Amir tidak dapat hadir kerana dia tidak sihat dan mempunyai masa panggilan penggambaran pagi esok pada pukul 5 pagi.

"Namun bagi merealisasikan hasrat peminatnya, Amir membuat panggilan video ketika dalam perjalanan pulang untuk menunjukkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada peminatnya kerana datang menyokongnya malam itu.

"Sekali lagi, kami mengakui apa yang telah berlaku dan ingin memohon maaf atas sebarang salah laku dan akan mengambil tindakan pembetulan berdasarkan apa yang telah kami pelajari," tulisnya.