HIBURAN
Amir Ahnaf Masuk ‘Squid Game’? Netizen Kata Sesuai Ganti Thanos! - “Menjadi Dia Bawa Watak Itu”
Pelakon, Amir Ahnaf mencuri perhatian warganet selepas muncul dalam sebuah video promosi untuk siri popular Netflix, Squid Game.
Menerusi satu hantaran di akaun rasmi TikTok Netflix Malaysia, Amir atau nama penuhnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin tampil melakonkan watak parodi bernama ‘Panos’ yang diinspirasikan daripada watak Thanos lakonan asal T.O.P.
Dalam video tersebut pelakon yang popular dengan filem Kahar: Kapla High Council dilihat melakonkan semula beberapa babak ikonik dalam siri Squid Game dengan gaya tersendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji lakonan Amir dan menganggap watak ‘Panos’ itu berjaya disampaikan dengan baik sekali.
“Tak Sekarang ni menjadi dia bawak watak tu.
“Amir Ahnaf dah boleh ganti tempat Thanos.
“Hahahaha kena la, aduh korang ni.
“Kelakar je dia bawa watak ni, korang ni pun serius sangat.
“Asal macam sesuai je,” tulis netizen.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang kurang senang dengan watak tersebut dan berpendapat ia tidak sesuai dimainkan oleh Amir.
Sekadar info, Squid Game musim ketiga akan mula pada 27 Jun 2025.