HIBURAN
Amir Hasan Kurus Mendadak, Mak Sangka Ambil Dadah - “Sebenarnya Gastrik Teruk & Gerd, Masuk Wad Bacaan Oksigen Tinggal 31 Peratus”
Penyanyi, Amir Hasan berdepan dengan masalah kesihatan sehingga menyebabkan berat badannya turun mendadak.
Menurut Amir, dia mengalami masalah gastrik teruk dan menerima rawatan di hospital kira-kira tiga bulan lalu apabila tahap bacaan oksigennya menurun.
“Sebenarnya saya mempunyai masalah gastrik teruk dan gerd sejak tahun lalu. Pola pemakanan saya juga sudah berubah, dari 100 peratus saya hanya boleh makan 30 peratus sahaja setiap pinggan.
“Saya perlu ambil ubat untuk kuatkan paru paru. Alhamdulillah sekarang sudah 60 peratus pulih walaupun tidak sepenuhnya.
“Cuma saya tidak boleh terlebih bekerja dan stres. Tetapi nak buat macam mana, adakala terbabas juga kerana kerja,” jelasnya.
Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo yang diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Amir berkata disebabkan berat badannya turun mendadak, ibunya meluahkan rasa risau jika dia mengambil barang terlarang.
"Sebelum ini berat badan saya hampir 70 kg dan saya hilang berat sebanyak 15 ke 16 kg. Kini berat saya sekitar 52 kg.
“Memang banyak penurunan, baju pun saya terpaksa cari yang baru sebab menggelebeh dan besar untuk saya,” ujarnya.
Masalah gastrik dan gerd yang teruk
Menurut Amir, dia mengalami masalah gastrik teruk dan menerima rawatan di hospital kira-kira tiga bulan lalu apabila tahap bacaan oksigennya menurun.
“Sebenarnya saya mempunyai masalah gastrik teruk dan gerd sejak tahun lalu. Pola pemakanan saya juga sudah berubah, dari 100 peratus saya hanya boleh makan 30 peratus sahaja setiap pinggan.
“Saya tak boleh terlebih makan, kena makan on time dan dengan kerap. Tetapi apa yang saya risaukan sekarang ini adalah tahap oksigen kerana stres bekerja.
“Ditambah pula dengan rokok dan vape serta ada penyakit asma. Saya masuk wad tiga bulan lalu kerana bacaan oksigen tinggal 31 peratus.
“Saya perlu ambil ubat untuk kuatkan paru paru. Alhamdulillah sekarang sudah 60 peratus pulih walaupun tidak sepenuhnya.
“Cuma saya tidak boleh terlebih bekerja dan stres. Tetapi nak buat macam mana, adakala terbabas juga kerana kerja,” jelasnya.
Amir berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran Restoran Pizzaiolo yang diadakan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Berat badan turun, ibu sangka ambil dadah
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Amir berkata disebabkan berat badannya turun mendadak, ibunya meluahkan rasa risau jika dia mengambil barang terlarang.
"Ada juga orang yang sudah tak cam saya (terlalu kurus). Sampai mak saya sendiri membebel sebab dia risau takut saya ambil dadah.
"Dia risau bila saya dalam industri hiburan, apa saja boleh berlaku. Tetapi saya jelaskan kepada mak yang itu semua tidak berlaku. Saya hanya sakit.