HIBURAN
Amir Raja Lawak Terpaksa Tolak Tawaran Ke Tanah Suci, Situasi Keluarga Tak Mengizinkan - “Teringin Ke Sana, Berdoa Lama-Lama & Mengadu Pada Allah…”
Pelawak, Amir Raja Lawak akui sedih terpaksa menolak tawaran untuk ke tanah suci kerana situasi keluarganya tidak mengizinkan.
Terpaksa tolak
Amir berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.“Namun saya terpaksa tolak sebab situasi keluarga tidak mengizinkan saya ke luar kawasan dengan jarak waktu lama sekarang ini. Apa pun kalau teringat, doakan saya dan keluarga di sana,” tulisnya.“Tak ada siapa akan menolak benda ini, memang menjadi impian setiap muslim untuk ke tanah suci. Saya sangat berbesar hati dengan tawaran yang pihak tuan berikan ini.
Sedang lalui fasa sukar
Dalam hantaran yang sama, Amir memaklumkan dia kini sedang melalui fasa sukar dari segi emosi dan mental.“Teringin sangat nak ke sana, nak berdoa lama-lama, nak sujud lama-lama, nak mengadu pada Allah dekat tanah suci.
“Keadaan sekarang, ramai yang inbox saya nak ajak itu, nak ajak ini, untuk review kedai dan produk, collaboration, untuk buat live, tapi saya terpaksa tolak juga.
“Saya perlukan ketenangan dan perlukan ruang. Kalau ikutkan, servis review kedai dan produk memang saya ada buat sebelum ini.“Ada yang saya dah reply, dan ada juga yang saya belum buka sebab fikiran saya berkecamuk. Tak boleh nak terima lagi untuk bersembang perihal yang sedikit rumit.
“Tapi sekarang saya terpaksa tolak, sebab saya tak ada masa untuk shoot, untuk edit, sebab saya banyak benda dalam kepala.
“Situasi sekarang yang paling senang saya boleh buat adalah servis live jual produk sahaja, itu pun saya pilih-pilih juga supaya tidak ganggu emosi dan mental saya,” kongsinya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Amir:
Sebelum ini, Amir mendedahkan dia masih belum menerima bayaran RM18,000 daripada sebuah stesen TV.
Menerusi perkongsian di IG, Amir memberitahu jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM23,000 namun dia hanya menerima RM5,000 sahaja pada awal tahun lalu.
Malah pelawak itu juga merayu untuk mendapatkan semula wangnya disebabkan bapanya menghidap kanser usus.
Must-Watch Video