HIBURAN

Amir Raja Lawak Terpaksa Tolak Tawaran Ke Tanah Suci, Situasi Keluarga Tak Mengizinkan - “Teringin Ke Sana, Berdoa Lama-Lama & Mengadu Pada Allah…”

Mya Amri 21/07/2025 | 02:55 MYT
Pelawak, Amir Raja Lawak akui sedih terpaksa menolak tawaran untuk ke tanah suci kerana situasi keluarganya tidak mengizinkan.

Terpaksa tolak


Amir berkongsi perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini, Amir mendedahkan dia masih belum menerima bayaran RM18,000 daripada sebuah stesen TV.

Menerusi perkongsian di IG, Amir memberitahu jumlah sebenar yang perlu dibayar adalah RM23,000 namun dia hanya menerima RM5,000 sahaja pada awal tahun lalu.

Malah pelawak itu juga merayu untuk mendapatkan semula wangnya disebabkan bapanya menghidap kanser usus.
#Amir Raja Lawak #Umrah