HIBURAN

Amira Othman Dapat Bunga, Netizen Pula Sibuk Selidik Maksud Simbolik - “Tulip Pelbagai Warna Adalah Simbol…’

Umirah Halim 18/06/2025 | 01:25 MYT
Sejambak bunga tulip pelbagai warna yang diterima penyanyi, Amira Othman daripada aktor, Fattah Amin berjaya mendapat perhatian ramai terutama sekali dalam kalangan peminat.

Menerusi sebuah hantaran yang tular di media sosial, kelihatan adik Amira, Irfan memegang bunga tersebut dipercayai pemberian Fattah ketika melawat Amira yang dirawat di hospital baru-baru ini akibat keracunan makanan.

Namun, apa yang menarik perhatian apabila ada netizen yang mula menyelidik maksud dan simbolik di sebalik pemberian bunga tersebut yang dianggap bukan calang-calang pilihan.

Berdasarkan pencarian netizen, sejambak bunga tulip pelbagai warna membawa maksud seseorang memberi sokongan, kasih sayang, dan harapan kepadanya. la adalah simbol ucapan ‘semoga cepat sembuh’ atau tanda sayang daripada orang tersayang.

“Rakan sekerja pun bagi bunga tulip siap letak lagu romantik? Power.

“Kaklong yang dapat bunga,hati kita pulak yang berbunga bunga.

“Kalau bunga matahari mungkin tak rasa pelik sangat. Tapi ini tulip, mesti ramai yang curious,” komen beberapa netizen.

Sebelum ini, Fattah, turut memuat naik foto Amira bersama bunga tersebut menerusi Instagram miliknya sambil menyertakan lagu Sampai Akhir nyanyian Judika sebagai muzik latar.

Pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu juga menyebut Amira sebagai ‘rakan sekerja’ menerusi kapsyen ringkasnya.

#Fattah Amin #Bunga #Amira #Othman #Tulip