HIBURAN
Amira Othman Mengaku Terima Bunga, Fattah Amin Antara Kawan Lelaki Rapat - "Seperti Di Kapsyen Fotonya, Saya Rakan Sekerjanya"
Jambangan bunga yang diterima penyanyi Amira Othman ketika sedang dirawat di hospital baru-baru ini mencetus perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila diketahui pemberian tersebut datang daripada pelakon popular, Fattah Amin.
Menjawab spekulasi berhubung perkara itu, Amira mengakui menerima bunga daripada Fattah namun menegaskan tidak wujud sebarang hubungan istimewa antara mereka.
Katanya, pemberian tersebut menjadi buah mulut kerana Fattah mempunyai peminat yang cukup besar.
“Seperti yang Fattah tulis di kapsyen fotonya, saya adalah rakan sekerjanya. Apa yang baik, kami aminkan dan untuk bercerita lebih lanjut, saya tiada apa nak diceritakan. Memang sekadar itu buat masa ini. Biasalah, orang (dirawat) di hospital, kita bagi bunga,” tambahnya.
Amira turut berpendapat perhatian berlebihan terhadap isu itu mungkin disebabkan status Fattah sebagai selebriti ternama.
“Saya fikir mungkin dia adalah Fattah Amin dan peminatnya ramai, jadi, saya terkenalah tempias bila dia 'post' apa-apa sebab dia terkenal, ramai hendak tahu mengenai dia,” katanya lagi.
Sebelum ini, Fattah memuat naik foto Amira yang sedang terbaring di hospital sambil memegang sejambak bunga yang diberikan olehnya. Perkongsian itu mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen.
Amira dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah akibat keracunan makanan, seperti yang dimaklumkan oleh adiknya, Irfan Haris menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Amira turut mengesahkan Fattah dan ibu pelakon itu turut hadir melawatnya di hospital. Malah, Fattah juga merupakan antara teman rapatnya dalam industri hiburan.
“Dalam industri ini, saya ada kawan lelaki yang rapat tetapi mungkin tidak ramai. Tetapi antara yang rapat adalah Fattah,” katanya.
Berkongsi mengenai tahap kesihatan, Amira berkata dia dimasukkan ke wad selama lima hari akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis sambutan hari jadi.
“Macam saya ketika itu, masih lagi pergi kerja. Alhamdulillah semuanya baik-baik saja sekarang. Adik saya juga dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan daripada juadah sama. Alhamdulillah, sekarang saya sudah sembuh. Tetapi tekanan darah saya kena naikkan lagi dan saya perlu ambil makanan yang sesuai untuk itu,” katanya.
Sementara itu, Dalam Sujudku, single terbaharu Amira, menyelami kisah seorang wanita yang berjuang mencari kekuatan dalam hubungan yang penuh luka. Lagu yang dicipta dan diterbitkan oleh Farouk Roman dengan lirik oleh Senna itu membawa mesej mendalam tentang harapan dan doa dalam menghadapi hubungan toksik.
Menariknya, lagu ini turut dipilih sebagai lagu tema utama bagi drama bersiri Dia Bukan Syurga, yang bakal disiarkan tidak lama lagi.

“Saya akui memang rakan sekerja ada berikan bunga, iaitu Abang Long atau Fattah Amin. Dia ada bagi bunga dan 'post' di laman sosial, jadi tiada apa pun. Biasalah orang ramai usik-usik.
“Seperti yang Fattah tulis di kapsyen fotonya, saya adalah rakan sekerjanya. Apa yang baik, kami aminkan dan untuk bercerita lebih lanjut, saya tiada apa nak diceritakan. Memang sekadar itu buat masa ini. Biasalah, orang (dirawat) di hospital, kita bagi bunga,” tambahnya.
Amira turut berpendapat perhatian berlebihan terhadap isu itu mungkin disebabkan status Fattah sebagai selebriti ternama.
“Saya fikir mungkin dia adalah Fattah Amin dan peminatnya ramai, jadi, saya terkenalah tempias bila dia 'post' apa-apa sebab dia terkenal, ramai hendak tahu mengenai dia,” katanya lagi.
Sebelum ini, Fattah memuat naik foto Amira yang sedang terbaring di hospital sambil memegang sejambak bunga yang diberikan olehnya. Perkongsian itu mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen.
Amira dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah akibat keracunan makanan, seperti yang dimaklumkan oleh adiknya, Irfan Haris menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Amira turut mengesahkan Fattah dan ibu pelakon itu turut hadir melawatnya di hospital. Malah, Fattah juga merupakan antara teman rapatnya dalam industri hiburan.
“Dalam industri ini, saya ada kawan lelaki yang rapat tetapi mungkin tidak ramai. Tetapi antara yang rapat adalah Fattah,” katanya.
Berkongsi mengenai tahap kesihatan, Amira berkata dia dimasukkan ke wad selama lima hari akibat keracunan makanan selepas menghadiri satu majlis sambutan hari jadi.
“Saya kena keracunan makanan dan mungkin saya terlalu ‘dehydrated’, tekanan darah saya menurun. Jadi, lima hari saya ditahan di hospital. Saya akui ‘food poisoning’ boleh jadi kompleks, jadi saya sarankan kalau kena keracunan makanan, terus ke hospital.