HIBURAN

Ammar Ahyan Simpan Hajat Nak Jadi Ahli Politik, Terinspirasi Dengan Bapa Sendiri! - "Saya Nampak Betapa Susahnya ..."

Ainun Md Zooki 26/07/2025 | 13:55 MYT
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan mengakui minatnya terhadap bidang kepimpinan mula bercambah sejak di bangku sekolah menengah.

Menurut Ammar, minat itu timbul selepas dia didedahkan dengan subjek Sejarah sewaktu di Tingkatan Dua dan secara tidak langsung mencetuskan keinginannya untuk bergelar seorang pemimpin.

“Saya sebenarnya mula minat nak jadi pemimpin selepas ambil subjek History masa Tingkatan Dua. Masa tu saya dah mula nampak betapa mencabarnya tugas seorang ketua.

“Inspirasi saya sekarang ni pun ayah saya sendiri. Saya nampak sendiri susahnya jadi ketua, jadi pemimpin,” katanya kepada Gempak.


Walaupun bercita-cita untuk menyertai pergerakan dan kepimpinan seperti badan Pemuda, Ammar secara terbuka mengakui lebih memilih untuk menumpukan masa dalam membina kekukuhan ekonomi terlebih dahulu.

“Saya ada juga cadang nak masuk pemuda-pemuda ni, tapi saya perasan yang program dan aktiviti tu selalunya tak dibayar.

“Jadi saya rasa lebih baik saya guna masa saya sekarang untuk cari duit dulu, bina kewangan sendiri. Sebab sebelum kita bantu orang, kita kena bantu diri sendiri dulu,” jelasnya.


Mengulas mengenai pandangan bapanya, Ammar memberitahu Datuk Aliff Syukri turut bersetuju dengan keputusannya.

“Papa pun cakap perkara yang sama. Katanya, sebelum nak jadi anak politik atau pemimpin, jadilah orang yang berjaya dahulu,” kongsinya.

#Politik #Inspirasi #Ammar Ahyan #ahli #Jadi