HIBURAN

Ammar Ahyyan Tak Dibayar Gaji Daripada Aliff Syukri Tapi…

Asyraf Roslan 11/07/2025 | 09:55 MYT

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyyan berkongsi tidak menerima sebarang bayaran daripada ayahnya apabila menjadi hos atau membantu untuk mempromosikan barangan di sosial media.

Bagaimanapun, Ammar mengakui dia diberikan kad kredit tanpa had untuknya berbelanja.

"Saya sebenarnya tak dapat gaji tapi kalau saya pergi shopping saya boleh guna kad ayah saya dan ia tak ada had,” katanya semasa muncul di segmen 3 Pagi Era.

Mengulas lanjut, Ammar berkata dia bebas berbelanja namun masih mengamalkan sikap bertanggungjawab dan tidak terlalu boros.

"Saya beli banyak benda tapi tidaklah banyak range harga dia pun ribu-ribu sahaja. Saya tak tak tanya dia tapi akan bagi tahu apa yang saya beli.

“Kalau saya nak beli saya akan hantar gambar dan dia akan okay sahaja,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Ammar yang jujur meskipun diberikan kemudah seperti itu.
#Datuk Seri Aliff Syukri #Tak Bayar Gaji #Ammar Ahyyan