Beberapa hari lalu, berlaku sedikit kekecohan di media sosial apabila sebuah restoran makanan segera melakukan kesilapan terhadap pesanan makanan puteri bongsu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Kesilapan tersebut menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna di sosial media apabila ramai yang meminta restoran itu memohon maaf kepada Tengku Puteri Jihan.

Meredakan situasi tegang terbabit, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminan Maimumah Iskandariah tampil dengan satu posting di Twitter.

"Tolong jangan marah dekat Mcdonalds (McD). Bukan salah mereka, dalam banyak tu adalah yang terkurang," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Tunku Azizah sempat bergurau dengan memuat naik gambar restoran tersebut yang disunting menjadi 'McJihan'.

"Jihan memang suka makan McD, setiap hari beli McD. Nama dia pun saya dah tukar... McJihan," katanya.
Rata-rata netizen dilihat terhibur dengan posting tersebut.

Ramai yang memuji cara Tunku Azizah menghiburkan rakyat jelata walaupun ramai yang mengecam restoran makanan segera berkenaan.

Anda boleh lihatnya di bawah:


Terdahulu, isu tersebut timbul apabila Tengku Puteri Jihan memuat naik gambar burger 'cheese burger' yang hanya mempunyai roti dan keju tanpa sebarang daging.

"Bila order cheeseburger lepas tu betul-betul dapat cheese dan roti je," katanya menerusi satu posting di Twitter.

Posting tersebut kemudian viral dan telah dikongsi oleh netizen banyak 7,000 kali.