Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Amran Tompel Meninggal Dunia

Izwan Isa
26/03/2022 10:49 MYT
Pelakon dan pelawak Amran Tompel meninggal pada usia 72 tahun ketika dalam tempoh kuarantin kerana jangkitan COVID-19 di rumahnya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban jam 4.37 petang tadi.

Abang Allahyarham, pelakon AR Badul ketika dihubungi berkata, arwah adiknya sepatutnya tamat tempoh kuarantin hari ini.

Difahamkan, kematiannya abang kepada pelakon AR Badul itu meninggal dunia akibat sakit tua, masalah buah pinggang dan positif COVID-19 baru-baru ini.

Amran dilahirkan pada 27 Oktober 1950 di Singapura dan meninggalkan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan isteri beliau.

Pada tahun 1987 Amran Tompel tampil dengan filem pertama lakonan beliau iaitu filem Keluarga 69 sebagai watak Joe, seterusnya membintangi beberapa buah drama atau filem di Malaysia antaranya Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro dan Gerak Khas.

Jenazah Amran kini berada dirumahnya di Senawang Negeri Sembilan dan telahpun dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.

#Meninggal Dunia #Artis #Amran Tompel
;