gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Polis Guna ChatGPT Jejak Pemandu Langgar Lari, Berjaya Dikenal Pasti Dalam Tempoh Tiga Saat
DRAMA
Honey Trap: Padat, Tegang & Penuh Plot Twist! Jom Recap 4 Episod Pertama
HIBURAN
Petik Nama Ibu bapa! Araff Terkilan Dengan Teguran Kasar Netizen - “Saya Ambil Nasihat Tersebut Tapi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Amsyar Lee Gagal Mara ke Final Sing! Asia - “Saya Minta Maaf Kerana…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
18/07/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Amsyar Lee Gagal Mara ke Final Sing! Asia  - “Saya Minta Maaf Kerana…”

Penyanyi, Amsyar Lee mengumumkan perjuangannya dalam pertandingan nyanyian Sing! Asia telah berakhir selepas gagal melangkah ke peringkat akhir.

Menerusi satu hantaran di Instagram Stories, Amsyar atau nama lengkapnya Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri memohon maaf dan berterima kasih kepada semua peminat yang banyak memberi sokongan sepanjang dia bertanding di dalam program tersebut.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang menyokong saya. Saya minta maaf kerana tidak berjaya melangkah ke peringkat akhir, terima kasih kerana sentiasa berada di belakang saya, memberi semangat , mendoakan dan menjadikan perjalanan ini begitu bermakna buat saya dan saya pasti juga buat kalian yang tak pernah berhenti untuk sokong,” katanya.
Dalam pada itu, Amsyar turut meluahkan rasa syukur kerana dapat memenuhi impian ibunya untuk melihat dirinya beraksi di pentas besar.
Tambah Amsyar, meskipun perjalanannya dalam Sing! Asia telah berakhir, pengalaman tersebut bukanlah satu penamat sebaliknya menjadi permulaan baharu dalam kerjayanya sebagai anak seni.
“Saya bangga walaupun tersingkir di saat akhir, saya melangkah keluar dari pentas itu dengan satu perkara yang paling bermakna buat saya iaitu menunaikan permintaan ibu saya. Bila saya fikir semula, mungkin ini semua bukan kebetulan.
“Mungkin doa ibu saya sudah dimakbulkan untuk anaknya berdiri sejauh ini, sampai ke separuh akhir sambil membawa bahasa yang paling dekat dihatinya. Ini adalah permulaan untuk menjadi lebih kuat, menyanyi dengan lebih jujur, dan kembali kepada siapa saya sebenarnya,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Amsyar Lee
#Sing Asia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement