,
Hiburan

Amy Mastura Mahu Peminat Sentiasa Sebut Ayat Positif

Fiza Kamarudin
16/12/2016
08:20 MYT
Puteri pop negara yang sentiasa ceria dan tidak pernah dimamah usia, Amy Mastura mahu semua peminatnya mengucapkan ayat-ayat positif setiap hari.
Amy Mastura berkata, disebabkan itu dia muncul dengan single terbaru berjudul ‘Kalimah’, lagu ciptaan sepenuhnya oleh komposer berbakat besar Ardiv Jauhari.
‘Kalimah’ merupakan sebuah lagu balada yang sememangnya sinonim dengan Amy Mastura. Melodinya diadun lebih bersahaja dan kedengaran matang sesuai dengan imej beliau sekarang.
Membawa maksud yang universal, liriknya menceritakan tentang kata-kata yang sering kita ucapkan dalam kehidupan seharian. Baik sesuatu luahan kata-kata itu, maka baiklah penerimaan orang di sekeliling.
“Single ini mengenai apa yang kita ucapkan seharian. Sebutlah ayat-ayat yang positif kerana impaknya juga akan positif, tetapi apabila negatif maka buruklah ia kerana apa yang kita ungkapkan merupakan doa buat si penerima dan juga diri kita sendiri,” ujarnya.
Menerusi lirik yang ringkas dengan melodi yang segar, pihak Sony Music Malaysia yakin bahawa single ini mampu menarik perhatian setiap lapisan penggemar muzik Malaysia dan bakal menjadi siulan.
Kata Amy Mastura lagi, dia juga sangat teruja dengan pembikinan single terbaru ini.
“Saya sangat berpuas hati dengan terhasilnya single ini kerana sudah lama saya impikan lagu yang menggambarkan jiwa saya masakini.
“Walaupun kedengaran simple, namun ia membawa maksud yang mendalam dan saya harap setiap insan yang mendengarnya akan memberi kesan terhadap mereka,” katanya.
Video muzik ‘Kalimah’ kini boleh ditonton di laman YouTube dan penonton pasti akan terpegun dengan keindahan alam semulajadi yang dipaparkan.
‘Kalimah’ boleh dimuat-turun di iTunes dan stream menerusi portal muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Raku, Spotify dan Yonder Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Hiburan

Nampak Berseri-Seri, Peminat Teka Jantina Anak Sulung Nabila Razali - “Tengok Perut Tu Macam…”

gempak
15/10/2024
01:19 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali sekali lagi mencuri perhatian di media sosial, baru-baru ini.
BorakSeeni