Selebriti popular, Amy Mastura cukup bertuah apabila kini sudah mempunyai buku yang membawa kisah perjalanan seninya sendiri.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Jawapan Kasih ini memuat naik gambar bukunya di media sosial untuk tatapan peminatnya.
Bersama gambar itu, Amy juga menyatakan penghargaan pada ahli-ahli kelab peminatnya, AMFC yang sebenarnya mengushakan buku tersebut.
"Banyak-banyak terima kasih pada ahli-ahli AMFC yang mengusahakan buku dan memberi gambar Amy Mastura bersama fans sempena 25 tahun dalam dunia seni.
"Yang paling terharu yang ‘black and white’ pakai skirt pendek. Mengimbau banyak kenangan ni," katanya.
Banyak komen netizen dan peminat dalam status itu termasuk ada yang berminat mahu membeli buku tersebut.
"Cutenya... sy pernah lukis gambar kak @amymasturalerr masa zaman sek... siap pos bg kak amy, kak amy bls bg poskad.. dpt kad raya jgk," kata netizen dikenali sebagai @shilaila12.
Rupanya buku itu bukan untuk dijual tapi hadiah AMFC untuk Amy sendiri yang didedikasi sempena pembabitan Amy dalam industri hiburan selama 25 tahun.
Seorang lagi netizen iaitu @rosaline.miguel memuji paras rupa Amy tetap comel dari dulu sehingga kini.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @amymasturalerr