Amy Search Dedah Produk Cuba Tipu Pengguna Dengan Menggunakan Gambarnya

Syafiqah Jalal
Disember 16, 2017 05:56 MYT
Lagenda Rock, Amy Search menyeru agar pengguna tidak tertipu dengan produk yang telah menggunakan gambarnya untuk mempromosikan barangan mereka.
Menerusi akaun Instagram (IG)nya, Amy Search menegaskan dia bukan duta kepada produk tersebut, malah tidak pernah sekali pun menggunakannya.
Foto yang dimuat naik itu menunjukkan dia sedang memegang produk tersebut.
Amy bimbang jika produk itu memudaratkan pengguna dan namanya bakal tercemar.
Penyanyi itu kecewa kerana dia dipergunakan oleh peniaga produk tersebut tanpa memaklumkan kepada pihak pengurusannya.
Menurut Amy lagi dia bukan seorang yang akan mengambil sebarang produk makanan tambahan tanpa mengetahui isi kanduangannya.
Berikut merupakan penjelasan Amy:
Foto: Instagram Amy Search
Teks oleh Syafiqah Jalal
#Penyanyi #Amy Search #Penyanyi #Produk Tipu #Rock