Amy Search Kecewa Album Dicetak Rompak

Rozaimi Zubaidi
Mac 10, 2018 16:20 MYT
Penyanyi kumpulan rock lagenda, Amy Search mengakui kecewa apabila album terbaharu kumpulannya dicetak rompak dan dijual secara terang-terangan di sebuah pusat membeli belah.
Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Amy Search mengakui isu penjualan cetak rompak masih berleluasa walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.
"Perompok ini mereka rompak hasil seni semua bangsa, asalkan laris, hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi mereka masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.
"Album terbaru Search Kathrsis di cetak rompak yangg di jual secara terang- terangan di dalam sebuah plaza raya daripada album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpailah sekarang 2018.
"Hasil pendapatan dari cetak rompak diaorang pun meningkat. Paling tinggi hasil diaorang daripada album Fenomena iaitu lagu Isabella. Masa itu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkan berapa banyak diaorang sapu hasil seni kami.
"Mana taknya India, Cina pun beli album itu. Isabella itu diminati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dn Singapura. Kira seluruh nusantara minat lagu Isabella.
"Buat perompak ini diaorang rompak hasil seni semua bangsa, asalkan yang laris dan hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi diaorang masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.
"Selagi ada pembeli selagi itu diaorang jual walaupn salah di sisi undang-undang dan lebih teruk lagi dijual secara terang terangan tanpa rasa hormat," tulisnya.
Rata-rata peminat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Amy Search dan mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengenai isu ini supaya nasib pengiat seni dapat dibela.
#Penyanyi #Amy Search #Penyanyi