Amy Search Muncul Dengan Label Fesyen General Products

Syafiqah Jalal
April 4, 2017 04:36 MYT
Vokalis kumpulan Search, Amy, mencabar dirinya dalam bidang rekaan fesyen menerusi jenama pakaiannya General Products by Amy Search.
Amy, 59, berkata memang impiannya sejak dahulu lagi untuk mempunyai label pakaian sendiri memandangkan minatnya yang mendalam dalam bidang fesyen.
"Bidang fesyen pun sebahagian daripada kerjaya seni saya. Sepanjang 35 tahun menjadi penyanyi fesyen tidak dapat dipisahkan daripada diri saya.
"Memamg lama berhasrat untuk memiliki label pakaian sendiri tetapi tidak tahu bagaimana caranya untuk bermula kerana tiada pengalaman.
"Jadi, General Products by Amy Search adalah impian menjadi realiti dan akan ada banyak lagi pakaian dihasilkan selepas ini," katanya yang ditemui pada Minggu Fesyen Islamik Asia 2017 (AIFW2017) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Dalam acara itu, penyanyi lagu Isabella itu pertama kali memperagakan koleksi sulung menerusi label General Products by Amy Search.
Selain Amy, antara selebriti lain yang terlibat dalam pertunjukan fesyen itu adalah Mizz Nina (Sawdaa), Erma Fatima (Mak Cun dan Khalif by Eirma Fatima).
Teks oleh: Amri Hassan
#Fesyen #Amy Search #General Products by Amy Search