Laman Utama

Amy Search Terima Pangkat Datuk

Maliah Surip
24/08/2022
04:27 MYT
Vokalis kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Amy menjadi satu satunya pelaku seni yang menerima pingat tersebut sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Mengucapkan setinggi penghargaan kepada Tun Mohd Ali Rustam, Amy, 64, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka, Dato Sri Rauf Yusoh melahirkan rasa syukur di atas kurniaan yang diterimanya selepas 42 tahun menjadi anak seni.
“Syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri Melaka, Yang di-Pertua Negeri, Tun Ali Rustam dan semua pihak yang terlibat.
“Pemberian pingat yang membawa gelaran Datuk kepada saya ini tidak akan merubah Amy Search yang semua kenali selama ini. Saya tetap Amy Search, penyanyi dan pemain industri muzik yang dikenali,” ujar Amy kepada Gempak.
Namun kata Amy, penganugerahan pingat Datuk yang dikurniakan kepadanya adalah sebuah tanggungjawab dan pengiktirafan buat seluruh karyawan hiburan.
“Dengan dikurniai pingat ini, ia memberi saya lebih tanggungjawab demi menjadi teladan yang lebih baik dan pingat ini sebenarnya juga bukan untuk saya secara individu tetapi adalah mengiktiraf bahawa anak seni atau karyawan hiburan juga memainkan peranan penting dalam sosio ekonomi kita,” katanya lagi.
Sangat menyukai seni bina Melaka, Amy menikah dengan Norhasliza Hassan yang dilahirkan di Melaka serta memiliki lima orang anak termasuk aktres dan hos, Nabila Huda.
Amy yang memulakan kariernya sekitar awal tahun 80-an sudah menerima banyak pengiktirafan dalam dunia muzik termasuk mencetus fenomena lewat lagu Isabella bersama kumpulan legenda, Search.
Karya karya mereka juga menembusi pasaran di Indonesia, sehingga Amy bersama anggota Search yang lain termasuk Allahyarham Yazit Ahmad pernah membintangi filem Isabella yang turut dibintangi aktres popular republik itu, Nia Zulkarnaen pada tahun 1990.
Melalui satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului senarai 883 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam yang ke-73 hari ini.
Ismail Sabri dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.
Foto: @hazmiljapilus
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sempat Terfikir Nak Menikah, Rossa Ulas Status Hubungan Bersama Afgan - “Memang Setiap Hari Dengan Afgan..”

gempak
17/07/2024
12:25 MYT
Penyanyi Rossa mengakui tidak pernah mempunyai hubungan istimewa bersama penyanyi Afgan.
Hiburan

Minggu Pertama Penuh Cabaran, Arfie Shah Kenang Detik Berlakon Bersama Datuk Rosyam Nor

gempak
12/07/2024
08:00 MYT
Berita

Kos Tajaan Fan Bingbing Sebagai Duta Pelancongan Hampir RM500,000

gempak
09/07/2024
08:25 MYT
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.
Hiburan

Adira Beri Bayangan Mahu Rujuk Dengan Datuk Red? - “Nak Kahwin Dengan Awak Sahaja”

gempak
07/07/2024
05:55 MYT
Penyanyi, Adira seakan memberi bayangan hanya mahukan Datuk Red sebagai satu-satunya lelaki dalam hidupnya kerana malas untuk berkenalan dengan orang baharu.
Hiburan

Noraniza Idris Bakal Tampil Dalam Konsert 'Qalam Noraniza Idris'

gempak
01/07/2024
14:12 MYT
Ratu etnik irama Malaysia, Noraniza Idris, bakal melangsungkan konsert berjudul Konsert Qalam Noraniza Idris pada 27 hingga 29 September ini di Panggung Bangsawan, Melaka.