Sebut saja tentang media sosial, satu perkara orang ramai tak boleh lari adalah berita atau video palsu.

Sebab itulah kalau tak pasti jangan kongsi.

Buat carian atau search dulu kesahihan dan fakta sebelum viral.

Perkara itu jugalah yang kerap dipesan aktres popular Nabila Huda sebelum ini.

Search dulu kesahihan sebelum viral,” kata Nabila.

Nabila Larang Netizen Jangan Search?


Namun, baru-baru Nabila didakwa telah berkelakuan pelik.

Menerusi sepotong rakaman video yang tersebar, Nabila dikatakan telah melarang orang ramai untuk search video yang sedang viral.

Pelakon tersebut dengan nada marah menyelar tindakan segelintir netizen yang masih berdegil search tentang ayam goreng viral.

“Jangan search ayam goreng viral. Nanti kalau dah viral kedai itu habis.

“Tolong jangan search, nanti sama macam hari tu, saya tak dapat beli apa-apa.

“TOLONG JANGAN SEARCH,” katanya tegas!

Daripada riak wajah Nabila tu memang nampak serius, malah jelas terserlah sedikit kekecewaan mengenai kejadian malang menimpanya sebelum ini.

Mungkin apa yang diinginkan tidak kesampaian gara-gara viral.

Amy Search Tersinggung?

Walaubagaimanapun, perkataan Jangan Search yang diluang-ulang Nabila nampak gayanya telah membuatkan ayahnya, Amy Search tersinggung.

“Eh Abil (Nabila) kau cakap apa tadi, jangan Search?” tanya Amy.

Tersedar ungkapan itu mungkin membuatkan ayahnya tersingguh, Nabila lantas mengubah kepada Jangan Searchkepada Tolong Search.

Anda boleh lihat video perbualan Nabila dan Amy di bawah.


Apa Sebenarnya Ayam Goreng Viral Ini?


Untuk pengetahuan, Gempak masih cuba menghubungi Nabila mengenai isu ayam goreng viral tersebut.

Apa punca sebenar yang membuatkan Nabila terus melarang untuk orang ramai search video tersebut?

“Tolong jangan SEARCH AYAM GORENG VIRAL” katanya.

Apapun, orang ramai diharapkan tidak search Ayam Goreng Viral di media sosial.