gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Exists Premium Live Oktober Depan Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Langkah Bosswan, Syaf Kahar, Nishman & Erika Foo Tamat Di Minggu Kedua
BERITA
Kes Anak Dirogol Depan Mata: Ibu, Kekasih Ditahan Polis
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Amy Ziana Tidak Mahu Lagi Tiru Suara Penyanyi Lain, Bakal Muncul Single ‘Dusta’

Elrafaei Sapi
Elrafaei Sapi
27/03/2018
05:54 MYT
Sponsor Banner
Amy Ziana Tidak Mahu Lagi Tiru Suara Penyanyi Lain, Bakal Muncul Single ‘Dusta’
Pelakon filem Rock Bro, Amy Ziana terus mengatur langkah dalam bidang seni apabila mencuba nasib sebagai penyanyi.
Amy Ziana yang pernah muncul dengan watak Ella menerusi filem arahan Mamat Khalid sebelum ini mengakui, bidang lakonan bukan semudah disangka meskipun dia pernah membintangi filem bersama pengarah terkenal.
"Ada beberapa tawaran untuk drama dan telefilem selepas filem itu. Bagi saya walaupun sudah berlakon filem, saya tidak malu pergi ujibakat.
"Pelakon tidak boleh hanya tunggu tawaran datang. Malah, saya tidak mahu mengikut jalan singkat dengan cerita gosip semata-mata," katanya kepada Astro Gempak.
Ujarnya, dia kini dalam perancangan menghasilkan klip video, Dusta, yang menjadi single pertamanya.
"Lagu ini ciptaan seorang kawan dan konsepnya lebih kurang lagu nyanyian Avril Lavigne.
"Rakaman lagu ini sudah selesai cuma tunggu penggambaran muzik video.
"Dalam Rock Bro sebelum ini memang saya menyanyi tetapi saya lebih pada meniru suara seperti Ella, Ziana Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Elly Mazlein.
"Rasa tak 'best' bila asyik meniru suara orang lain tapi kali ini saya mahu muncul dengan identiti sendiri sebagai Amy Ziana," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi Foto: Amy Ziana
Topic Berkaitan
#Filem
#mamat khalid
#Filem
#Amy Ziana
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement