Bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, Amylea Azizan mengakui tidak begitu menyukai gosip yang berlebihan mengenai dirinya.

Menurut Amylea, dia lebih mengutamakan kualiti nyanyian dan lagu berbanding gosip tentang dirinya.

"Saya akui tidak selesa dengan gosip, kalau sikit tak mengapa dan kalau boleh, saya mahu orang mengenali saya kerana kualiti hasil kerja, bukanlah gosip atau kontoversi yang berlebihan.

"Pernah suatu ketika dahulu, saya tidak tidur malam memikirkan gosip yang tersebar mengenai diri saya," kata Amylea ketika ditemui di majlis Media Gathering Amylea & Kaer bertempat di Tony Roma's, e@Curve, Petaling Jaya sebentar tadi.

Dalam perkembangan lain, Amylea akan mengadakan showcase Amylea X Kaer: Chapter Three Showcase yang bakal berlangsung di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 26 Ogos ini.


Teks : Asraf Aided