Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Amylea Nafi Tiru Lagu Melly Goeslaw

Asraf Aided
01/04/2019 11:39 MYT
Penyanyi berbakat, Amylea Azizan menafikan dakwaan yang mengatakan lagu duet terbarunya bersama Megat yang berjudul Tetap Kamu meniru lagu Ratusan Purnama nyanyian Melly Goeslaw bersama Marthino Lio.

Menurut Amylea, lagu duet terbarunya itu mempunyai nilai dan kualiti tersendiri, namun begitu, dia tidak menafikan komposer Tetap Kamu, Farouk Rahman amat mengagumi hasil kerja Melly.

"Muzik Tetap Kamu ini sebenarnya hampir sama dengan lagu duet saya bersama Kaer sebelum ini iatu Tak Pernah Hilang kerana terdapat kesinambungan antara dua lagu ini.

"Farouk amat meminati hasil kerja Melly dan selalu mengambil inspirasi dari penyanyi dan komposer berbakat besar itu, namun tiada unsur meniru dalam lagu Tetap Kamu ini" ujar Amylea.

Dalam pada itu, Amylea menjelaskan bahawa Tetap Kamu sepatutnya dinyanyikan bersama rakan baiknya Kaer, namun Kaer mempunyai komitmen terhadap perkara lain dan dia harus mencari pengganti.

"Pada mulanya, lagu ini sepatutnya dinyanyikan bersama Kaer, tapi dia ada perkara lain yang perlu diuruskan dan saya harus mencari pengganti.

"Megat sememangnya layak untuk menyanyikan lagu ini kerana dia mempunyai kualiti nyanyian yang bagus, apabila suara kami bergabung, ia menjadi satu elemen yang menarik," tutur Amylea menutup bicara.

Amylea ditemui di majlis pelancaran lagu dan muzik video Tetap Kamu di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur hari ini.

Megat merupakan bintang Mentor Milenia musim ketujuh dan merupakan protege kepada penyanyi Aizat Amdan dalam program tersebut.

Lagu Tetap Kamu dari Amylea X Megat ini sudah berada di semua platform digital dan muzik videonya telah ditayangkan di YouTube mulai jam 4.00 petang tadi.
#Amylea #Megat #Tetap Kamu