Amyra Rosli, Amar Baharin Timang Bayi Lelaki

Mya Amri
Oktober 16, 2017 03:35 MYT
Pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada Ahad lalu.
Amyra selamat melahirkan bayi sulung mereka di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
Amyra turut berkongsi berita gembira tersebut menerusi akaun Instagram(IG)nya semalam, dengan memuat naik foto jari si comel itu menggenggam erat jari bapanya.
Foto tersebut juga membuatkan peminat teruja dan tidak sabar untuk melihat wajah putera kepada Amyra dan Amar Baharin ini.
Dalam pada itu, akaun yang diwujudkan khas buat anak pasangan ini, @amyramarjr juga sudah mempunyai seramai 25,000 pengikut.
Foto: Instagram Amyra Rosli
Teks oleh: Mya Amri
#Amar Baharin #Bersalin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli