Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Amyra Rosli Hamil 7 Minggu, Peminat Teruja Nantikan #Amyramar Junior

Rozaimi Zubaidi 15/03/2017 | 09:19 MYT
Selepas khabar mengenai pelakon Amyra Rosli hamil tujuh minggu, akaun Instagram (IG) mula dihujani ucapan tahniah.
Buktinya foto yang dimuatnaik Amyra 5 jam lalu telah mendapat lebih 41 ribu like dan 525 komen.
Malah, sehingga artikel ini ditulis pengikut dan peminat pelakon tersebut masih meninggalkan ucapan tahniah dan rasa teruja mereka di ruangan komen.
Rata-rata mereka meluahkan rasa tidak sabar menantikan kehadiran bayi Amyra dan suaminya, pelakon Amar Baharin.
Seperti Amyra, entri di IG Amar turut menjadi perhatian pengikut laman sosial tersebut.
Selain ucapan tahniah, para peminat turut mendoakan kandungan Amyra berada di dalam keadaan sihat.
Dalam pada itu, ada juga peminat yang memuji sikap Amar kerana sanggup menemani Amyra di hospital.
Terdahulu, Amar telah mengesahkan isterinya hamil tujuh bulan selepas Amyra dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah sakit perut dan muntah-muntah.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#pelakon #Amar Baharin #Amyra Rosli #Amar Baharin #Amyra Rosli #Pelakon
;