Advertorial
Amyra Rosli Tak Sangka Amar Baharin Ada Taste
Pelakon Amyra Rosli tidak menyangka suami, Amar Baharin seorang yang mempunyai ‘taste’ dan tahu apa yang digemarinya.
Menurut Amyra, dia sama sekali tidak menyangka Amar sanggup menukar warna bilik tidur bujangnya kepada merah jambu semata-mata untuk membawanya pulang ke rumah ibu dan bapa mertuanya itu.
“Saya tak sangka Amar tukar warna biliknya kepada merah jambu dan yang paling manis, dia buat semua tu bersama seluruh ahli keluarganya.
“Saya juga terkejut bila lihat pemilihan warna dan corak ‘Momento’ yang Amar buat sendiri, memang cantik dan berseri.
“Kombinasi warna yang dia pilh tu menarik, tak sangka dia ada taste rupanya,” katanya ketawa.
Tambah Amyra lagi dia terharu apabila suaminya bersama keluarga mertua sanggup bersusah-payah melakukan semua perkara tersebut deminya.
“Mula-mula masuk ke bilik, mengalir air mata saya kerana terharu dan memikirkan tentang usaha mereka. Tambah-tambah lagi apabila tahu Amar mengalah untuk menyenangkan hati saya.
“Dia buat semuanya berpandukan warna yang saya suka, Amar bukan seorang yang suka kepada warna-warna lembut macam tu,” ujarnya.
Sementara itu bagi Amar pula, cabaran bagi dirinya ialah ketika memilih warna cat.
“Saya risau cat yang saya pilih tidak sama warnanya selepas disapukan ke dinding. Tapi selepas berbincang dengan keluarga dan bapa saya yang mempunyai pengalaman mengecat, saya bersetuju memilih Nippon Paint.
“Satu pengalaman baru bila kita cuba buat sendiri, saya pun tak sangka dapat menghasilkan ‘Momento’ yang cantik menggunakan cat bertekstur Nippon Paint.
“Selalunya kita nampak dekat dinding rumah orang sahaja, kali ini buat sendiri memang satu kepuasanlah buat saya,” katanya gembira.
Dalam pada itu, Amyra dan Amar sempat berkongsi kegembiraan mereka kerana Nippon Paint telah berjaya mewarnai kehidupan seharian mereka.
Jom #warnaihidupbaru anda di sini nipponpaint.com.my
Must-Watch Video