Peguam mewakili pelakon Zarina Anjoulie, Nurul Hafidzah Hassan mengesahkan aktres Amyza Aznan gagal memasukkan kehadiran di mahkamah sejak saman difailkan anak guamnya pada 23 April lepas.
Nurul Hafidzah berkata saman tersebut kemudiannya diserahkan dua kali kepada Amyza pada 24 April dan melalui pos pada 28 April lalu.
“Sehingga kini, Amyza tidak memasukkan kehadiran, bagi menjawab saman dan ini menyebabkan proses tuntutan saman itu tertangguh," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara e-review, di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Farah Shuhada Ramli, pada Jumaat.
Tambah beliau lagi, mahkamah menetapkan 25 Jun ini untuk pendengaran dan keputusan permohonan itu di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar.
Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul pada 23 April lalu memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Amyza Aznan berhubung kenyataan mengenai bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) daripada kerajaan kesan wabak COVID-19.
Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat melalui carian dalam e-filing, Zarina Anjoulie mendakwa selepas pengumuman kerajaan berhubung BPN kepada rakyat dalam golongan B40 dan M40 yang berpendapatan bulanan RM8,000 ke bawah, sebahagian daripada golongan artis tempatan turut menyuarakan pendapat mereka dan menyatakan bahawa pihak kerajaan perlu memberikan satu 'bantuan khusus' bagi mereka atau penggiat seni negara.
Zarina Anjoulie, yang juga usahawan mendakwa beliau telah memuat naik video di laman sosial Instagram pada 28 Mac lalu, yang secara umum menyatakan bahawa "bantuan khusus" itu adalah tidak perlu dan hanya golongan artis yang layak boleh memohon BPN seperti rakyat lain.
Mengikut penyataan tuntutan itu, plaintif turut menyuarakan pendapat bahawa golongan artis yang berkemampuan dan berpendapatan besar seharusnya sedar mereka adalah golongan yang sepatutnya mempunyai wang simpanan mencukupi untuk menyara diri mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), disebabkan krisis COVID-19, malah berpeluang untuk turut sama membantu rakyat yang terjejas oleh krisis itu.
Dakwanya, pada 29 Mac lalu satu kumpulan dikenali sebagai "BANTUAN COVID-SENI 2020" telah ditubuhkan menggunakan aplikasi Telegram yang membincangkan mengenai bantuan COVID-19 kepada artis tempatan dan kumpulan itu mempunyai sekurang-kurangnya 819 ahli terdiri daripada penggiat seni termasuk Amyza.
Plaintif mendakwa melalui kumpulan itu Amyza telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya menyebabkan ramai ahli kumpulan berkenaan turut dipengaruhi oleh fitnah itu selain mendakwa defendan juga telah mengeluarkan kenyataan memfitnah di Instagram untuk paparan umum yang dimuat naik April lalu.
Dakwanya lagi, kenyataan fitnah berkenaan membawa maksud bahawa plaintif seorang yang berperangai buruk, tidak bertanggungjawab, berpura-pura baik, mempergunakan orang lain untuk menyerang defendan dan sering menabur fitnah terhadap artis-artis lain.
Akibat kenyataan fitnah itu, Zarina Anjoulie mendakwa beliau mengalami kemurungan kerana dimalukan, sedih, sakit hati dan reputasinya turut tercalar selain mendakwa plaintif menerima kecaman dan reaksi negatif daripada masyarakat.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am atas kehilangan reputasi berjumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah, permohonan maaf daripada defendan dan defendan juga dihalang daripada mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan memfitnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi plaintif pada masa akan datang, kos serta relief lain yang sesuai oleh mahkamah.
Sumber: Harian Metro & BERNAMA
Fiza Kamarudin
Fri Jun 12 2020
Nabil Ahmad Lihat Aliff Aziz & Bella Astillah Sebagai ‘Loving Couple’ Ketika Di GV - “Saya Percaya Setiap Orang Ada Ujian…”
Nabil harap semua orang doakan Aliff & Bella.
“Yang Tak Setuju Bab Melutut, Saya Mohon Maaf” - Case Closed! Caprice Harap Jadi Pengajaran Buat Keyboard Warriors
Isu melutut case closed.
"Cubalah Tanya Ruhainies" - Bella Astillah
Bella juga enggan mengulas apabila diminta mengulas mengenai kemunculan Aliff dalam temubual di satu podcast di Singapura, baru-baru ini.
Paderi Curi Duit Tabung Gereja RM19,000 Main Candy Crush, Pokémon Go
Seorang paderi di Pennsylvania, Amerika Syarikat berdepan hukuman selepas didapati mencuri duit tabung gereja untuk membuat transaksi secara atas talian.
Faisal Halim Disimbah Cecair Dipercayai Asid, Muka & Kepala Cedera
Malaysia dikejutkan pula dengan insiden pemain bintang Selangor FC, Faisal Halim yang cedera di muka dan badan dipercayai akibat disimbah asid.
Afifah Nasir Kini Isteri Syed Hariz!
Pelakon Afifah Nasir selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Syed Hariz pada petang Ahad.
Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
"Saya Tak Takut Dibenci Penonton Kerana Watak Jahat" - MK K-Clique
Watak Bono dalam filem Rebel : Berontak Untuk Berotak menampilkan sisi berbeza penyanyi dan pelakon MK K-Clique
1.6 Juta Peminat Banjiri Konsert Percuma Madonna, Cipta Sejarah Lebih 4 Dekad
Madonna mencetak sejarah apabila lebih satu juta penonton membanjiri tapak konsert percuma yang dilakukannya di Brazil bersempena dengan persembahan terakhir dalam The Celebration Tour.
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.