Viral

Anak 2 Tahun Ketagih Lagu ‘APT’, Rose BLACKPINK Tampil Mohon Maaf - “Sepanjang Hari, Dari Bangun Tidur…”

gempak
Asyraf Roslan
05/01/2025
09:55 MYT
Sponsor Banner
Anak 2 Tahun Ketagih Lagu ‘APT’, Rose BLACKPINK Tampil Mohon Maaf - “Sepanjang Hari, Dari Bangun Tidur…”
Penyanyi sensasi Korea, Rosé memohon maaf kepada seorang ibu selepas mendakwa anaknya ketagih mendengar lagu duetnya bersama penyanyi, Bruno Mars iaitu APT.
Menerusi satu hantaran di Instagram wanita yang dikenali sebagai @closeto_u_ berkongsi sebuah video lucu tentang anak kecilnya yang terlalu obses dengan lagu nyayian Rosé dan Bruno itu.
“Rosé dan Bruno Mars tolong selamatkan anak saya yang ketagih dengan lagu APT.
“Sepanjang hari, dari bangun tidur sampai nak tidur balik asyik menyanyi lagu ini sahaja,” katanya.
Selepas rakaman itu tular, Rosé yang merupakan ahli kumpulan BLACKPINK sempat meninggalkan komen memohon maaf kepada wanita berkenaan.
“Alamak, maafkan saya,” kata penyanyi itu di ruangan komen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga terhibur melihat aksi kanak-kanak tersebut yang dilihat terlalu obses dengan lagu APT itu.
Aksi lucu anak kecil berusia dua tahun itu berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang menyaksikan dia menyanyikan korus APT itu berulang kali.
Video yang dikongsikan itu juga berjaya mendapat tontonan sebanyak 21.1 juta dan 17 juta tanda suka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024