Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Anak Ada Hak..." - Nak Bercerai? Ini Nasihat Nourul Depp

ZULHILMI JALIL 09/07/2020 | 09:11 MYT
Penyanyi Nourul Depp menasihati golongan ibu bapa agar tidak menjadikan anak-anak mereka sebagai mangsa kepada masalah perceraian yang terjadi dalam sesebuah keluarga.
Menurut Nourul, 43, mereka yang berdepan dengan krisis rumah tangga sepatutnya bertindak secara rasional tanpa terbawa-bawa dengan emosi akibat marahkan pada pasangan.
"Saya pernah melalui proses perceraian. Kita sebagai ibu bapa yang dah tidak serasi dan terpaksa bercerai, jangan jadikan anak-anak sebagai mangsa.
"Bila marah, nak buat kasar tak boleh, kita jadi nak balas dendam. Itu yang sampai ugut 'hang nak tinggal aku tak apa, anak aku punya, jangan mimpi nak tengok anak selepas ini'," katanya menerusi satu entri di Instagram TV miliknya.

A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on

Jelas Nourul lagi, sekiranya berdepan situasi tersebut, salah seorang daripada pasangan perlu memainkan peranan untuk meleraikan keadaan tegang itu.
"Kita semua dah dewasa, bukan budak kecil. Kalaulah pasangan kita nak meninggalkan kita cara begitu, kita kena jadi bijak.
"Dia nak ugut-ugut biarlah, ya kan je.. kita okay kan sahaja (apa yang diugut)..dia tak kan buatlah. Masa tengah marah, memang macam-macam yang keluar.
"Terutamanya perempuan, kalau boleh tak nak beri anak sebab anak itu (lahir) daripada kita," luahnya.
Begitupun, katanya, perlu diingat jangan sesekali menafikan hak anak-anak untuk bertemu dengan ibu bapa mereka selepas berpisah.
"Macam mana sekalipun, anak ada hak untuk jumpa bapa, anak ada hak jumpa mak, jangan jadikan mereka mangsa.
"Kasihan anak-anak, apa akan jadi dengan masa depan mereka," nasihatnya.
Sebelum ini, Nourul pernah melalui episod perceraian bersama penyanyi dan komposer Ajai pada 2007 selepas mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 1996.
Hasil perkahwinan pertamanya, Nourul dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah, 21.
Pelantun lagu Kerana Terluka itu kemudian berkahwin dengan usahawan Perancis, Eric Daniel Depp pada Jun 2012.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 6, Raphael Depp, 4, dan Isabella Depp berusia setahun.
#cerai #Nourul Depp #Hak
;