Anak Ahli Politik Belasah & Rakam Teman Wanita Yang Dilanggar Sampai Mati
Maliah Surip
08/10/2023 12:57 MYT
08/10/2023 12:57 MYT
Seorang anak ahli politik yang juga merupakan anggota Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI), kini menjadi perhatian rakyat Indonesia selepas memukul dan mencederakan kekasihnya sehingga mati.
Gregorius Ronald Tannur, 31, didakwa telah membuat kekasihnya, Dini Sera Afrianti, 29, maut selepas bukan hanya menendang dan memukul kepala tetapi menyeret mangsa sejauh lima meter selepas wanita malang tersebut jatuh dari kereta.
Gregorius Ronald atau GR seperti dilihat saksi dikatakan telah bertengkar dengan kekasihnya, Dini, di tapak parkir sebuah pusat hiburan di Surabaya Barat.
Selepas bertengkar, GR didakwa bersikap ganas dengan menendang kaki wanita yang baru menjadi kekasihnya selama lima bulan sehingga dia tersungkur.
Lelaki tersebut juga telah memukul wanita yang merupakan janda anak satu itu antaranya di bahagian kepala sehingga tidak bermaya.
Mereka kemudian menaiki kereta sebelum mangsa jatuh dipercayai kerana pintu tidak ditutup rapat lalu diseret sejauh lima kilometer.
Kereta yang dipandu GR hanya berhenti selepas ditahan oleh pengawal keselamatan.
Bukan menyesal, sebaliknya GR didakwa telah merakam wanita yang sudah ‘putus nyawa’ itu sambil ketawa.
Dia malah sempat mengaku tidak mengenali wanita tersebut dan terus merakam serta ketawa. GR dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian berlaku.
“Sesuai dengan semua bukti, GR kini menjadi tertuduh dan berhadapan dengan hukuman penjara maksimum 12 tahun,” ujar wakil pihak polis Kapolrestabes Royce seperti dilaporkan PJNN.