Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Anak Ahmad Dhani Dedah Pernah Alami Gangguan Emosi Ketika...

Asraf Aided 21/09/2020 | 06:33 MYT
Anak kepada penyanyi dan pemuzik Indonesia Ahmad Dhani, El Rumi akui bukan mudah untuk menjalani kehidupan sebagai anak kepada figura terkenal itu.
Memetik laporan media di negara itu, El mendedahkan ramai yang meminati bapanya itu dan pada masa yang sama, ramai juga yang membencinya.
"Bergelar anak kepada Ahmad Dhani bukanlah mudah kerana kita tahu, dia banyak kontroversi.
"Ramai yang meminatinya, dan ramai juga yang membenci bapa saya itu," katanya.
Sementara itu, El juga mengatakan emosinya terganggu ketika perpisahan ibu bapanya pada tahun 2008.
"Ibu bapa saya bercerai ketika saya masih kecil, ketika itu saya tidak tahu apa-apa.
"Namun, memang banyak cerita mengenai ibu bapa saya serta tentang Mulan Jameela, emosi saya agak terganggu ketika itu.
"Bagaimanapun, kami diberi kebebasan dan bapa saya telah berhadapan situasi itu dengan baik," katanya lagi.
Terdahulu, Ahmad Dhani menceraikan bekas isterinya, Maia Estianty dan mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Mulan Jameela.
Sumber : hot.detik.com
#Anak #Indonesia #Ahmad Dhani
;