HIBURAN
Anak Ahmad Dhani Maki Bekas Pemain Bola Sepak Indonesia: “Dia Duduk Di Kerusi Simpanan…”
Nama El Rumi sedang menjadi perbincangan hangat netizen selepas sebuah video memperlihatkan dirinya sedang berseteru dengan bekas pemain bola sepak Indonesia tersebar di media sosial.
El Rumi dipercayai terlibat dengan ‘ketegangan’ bersama Syamsir Alam saat pertandingan Celebrity Trofeo 2025 yang diadakan di Stadion PTIK, Jakarta Selatan, pada hujung minggu lalu.
Anak Ahmad Dhani itu dipercayai tidak berpuas hati selepas melihat rakan sepasukannya dari Colossus, Ammar Syahdi telah menerima tackle yang agak tajam atau keras daripada Syamsir Alam.
Syamsir kemudian dilayangkan kad merah dan pada saat dirinya terduduk di dalam padang, El Rumi yang berada di bangku simpanan telah menjerit ke arah pemain bola tersebut sebelum berlaku perseteruan mulut.
Dengan rasa emosi, Syamsir cuba menghampiri El Rumi namun sempat dileraikan oleh rakan pemain lain, lapor Kompas.
Selepas video tersebut menjadi tular, Syamsir membuat penjelasan mengenai situasi sebenar yang berlaku.
Menurutnya, hal yang membuat dirinya berseteru dengan El Rumi pada waktu perlawanan berlangsung adalah kerana pemuda itu telah memakinya dari bangku simpanan.
“El maki saya, saya fikir dia tidak bermain dan duduk di bangku simpanan. Jadi saya bingung sebab dia tidak main tapi kenapa ikut campur. Kami juga saling kenal, jadi saya fikir tak perlulah (masuk campur).
“Namun dengan apa yang telah anda lihat, sebenarnya saya dan El Rumi sudah berdamai. Aman. Dia juga segera minta maaf. Saya dan El Rumi pun sudah bertukar jersey,” katanya.
Must-Watch Video