Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Aidid Marcello Dimasukkan Ke Hospital Kerana Tonsillitis

Zulaikha Yusof
12/03/2019 03:33 MYT
Anak kepada personaliti TV popular, Aidid Marcello, Ibrahim dimasukkan ke hospital akibat radang pada anak tekak (tonsillitis) sejak dua hari lalu.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Aidid memberi peringatan supaya banyakkan minum air tidak hanya kepada kanak-kanak tetapi orang dewasa juga.

"Sekarang cuaca panas. Make sure anak-anak korang dan korang juga minum banyak air.

"@ibrahimmarcello dah ada tonsillitis. Jadi hari ni abam dan wife @norziepwc berkhemah di hospital teman dia," tulisnya.

Aidid juga memohon kepada semua pihak untuk mendoakan kesembuhan Ibrahim.

"Doakan semoga @ibrahimmarcello cepat sembuh ya. Amin. Thank you," tulisnya lagi.

Rata-rata pengikut Aidid meninggalkan komen dengan mendoakan semoga Ibrahim kembali sihat seperti biasa.

Aidid dan isteri, Norzie Pak Wan Chik telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sekarang cuaca panas. Make sure anak2 korang dan korang juga minum banyak air. @ibrahimmarcello dah ada tonsillitis. Jadi hari ni abam dan wife @norziepwc berkhemah di hospital teman dia. Doakan semoga @ibrahimmarcello cepat sembuh ya. Amin. Tq #aididitmyway #aididitagain #aididmarcellofamily

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on

#Aidid Marcello
;