Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Anak Aku Baru Darjah 6 Wei!” – Ani Maiyuni Mohon Wargamaya Bantu Report IG Palsu Anak

Fiza Kamarudin 10/03/2021 | 05:15 MYT
Penyanyi dangdut dan pelakon Ani Maiyuni memohon bantuan wargamaya agar menyekat akaun palsu Instagram (IG) yang menggunakan nama anaknya.
Ani ketika dihubungi Gempak berkata, dia bimbang sekiranya individu tidak bertanggungjawab tersebut mengambil kesempatan kepada orang lain.
“Saya mohon jasa baik wargamaya semua untuk bantu report akaun palsu @thereallwirna‼️ Akaun anak saya @therealwirna. Pandai dia kelirukan orang lain dengan menambah huruf ‘l’ pada nama Wirna.
“Yang membimbangkan saya, ‘Wirna fake’ ni scam orang, saya takut anak saya menanggung akibatnya nanti.
“Anak saya baru darjah enam dan dia tak tahu apa-apa. Sebagai seorang ibu sudah tentu saya risau dan saya tidak mahu orang lain pun terkena,” katanya.
Tambah Ani lagi, pemilik akaun palsu tersebut dipercayai berada di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).
“Selepas diselidik dia dari UAE dan agak licik kerana dia juga menghantar pesanan peripadi (DM) kepada orang lain dan meminta nombor telefon.
“Dan lepas tu bijaknya di ani…dia semua video-video anak saya dia pula yang buat report kepada IG konon-konon dialah pemilik sebenar,” katanya.
Dalam pada itu Ani berkata, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu terbabit bertindak melampui batas.
“Iya, kalau dia dah tipu orang guna nama anak saya takkan saya nak berdiam diri? Kalau dia bertindak melampui batas saya akan laporkan kepada polis.
“Saya juga ingin berpesan kepada ibu bapa di luar sana agar sentiasa memantau laman sosial anak-anak anda kerana sekarang ini ramai yang suka ambil kesempatan.
“Kepada yang telah membantu saya buat report ke atas akau @thereallwirna tu, terima kasih. Hati-hati ya semua, jangan sampai anda pula yang jadi mangsa,” katanya.
Terdahulu, Ani Maiyuni turut berkongsi mengenai perkara tersebut di laman sosial IG dan Facebooknya sebagai peringatan kepada pengguna laman sosial supaya berwaspada.
#Penyanyi Dangdut #Ani Maiyuni #Anak Kena Scam
;