HIBURAN
Anak Aliff Syukri Lucu, Netizen Terhibur Lihat Yusoff Review Kereta Ferrari - “Aircond Nampak Biasa-Biasa, Kalau Bau… Memang Italy”
Gelagat anak lelaki usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Yusoff Al Qardawi mencuit hati netizen apabila membuat review berkenaan kereta berjenama mewah iaitu Ferrari.
Lucu & petah bercakap
Menerusi video yang dimuat naik oleh Shahida di Instagram, jelas kelihatan Yusoff yang begitu petah bercakap sedang memperkenalkan kereta tersebut kepada umum.
Namun apa yang paling melucukan adalah ayat-ayat yang digunakan Yusoff penuh yakin beserta dengan reaksi wajahnya cukup membuatkan netizen terhibur.