GengMakMak

“Anak-Anak Pernah ‘Puasa’ Daripada Tablet Selama Setahun…”- Sazzy Falak Kongsi Cara Kawal Gadget Dengan Kembarnya

Syafiqah Jalal
12/04/2019
10:30 MYT
Pelakon Sazzy Falak akui anak kembarnya, Iman Lily dan Tiara Rose, 8, telah terdedah dengan gadget atau tablet sejak umur mereka tiga tahun.
Bagaimanapun, selepas melihat anak-anaknya terlalu obsess dengan tablet, dia akui telah merampas gadget tersebut selama setahun.
“Macam anak-anak saya mereka sudah terdedah dengan gadget dan tablet sejak kecil lagi malah masing-masing sudah mempunyai ipad ketika mereka berusai tiga tahun.
“Namun lama kelamaan, mereka menjadi semakin leka dan hanya terikat dengan tablet kemana mereka pergi.
“Jadi saya membuat keputusan untuk puasakan mereka daripada tablet selama setahun.
“Namun selepas setahun saya cuba beri mereka tablet tetapi berperingkat iaitu mungkin dalam sehari 20 minit atau hanya hari minggu sahaja kerana mereka bersekolah,” katanya kepada Gempak.
Mengenai perkembangan lain, Sazzy bakal muncul dalam drama bersiri Geng Mak Mak di www.gengmakmak.com.my bermula 15 April ini serta turut akan ditayangkan di Astro Ria bermula 16 April setriap hari Selasa, Khamis dan Ahad jam 6.30 petang dan 11.30 malam.
Mengulas mengenai siri tersebut, Sazzy akui dia amat teruja untuk berlakon kerana ia terlalu dekat dengan jiwa keibuannya.
“Saya terima berlakon dalam drama ini kerana ia mempunyai mesej yang bagus dan saya rasa ibu-ibu di luar saya akan enjoy menonton.
“Percayalah, ia akan membuat kita rasa ia related dengan ibu atau akak serta rakan kita. Sesuatu yang menarik untuk ditonton seisi keluarga,” katanya lagi.
Sazzy mendirikan rumah tangga dengan Nazril Idrus pada 10 November 2006.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Berita

Penoreh Getah Mengaku Tak Bersalah Rog*l Anak Kandung

gempak
24/07/2024
06:49 MYT
Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu, atas dua pertuduhan merogol anak perempuan kandungnya sejak 2019.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Hiburan

Didakwa Tidak Mempunyai Hubungan Baik, Ini Respons Bapa Zara Zya - “Saya Tak Pernah Pun Sekilas Ada Rasa Benci Pada Dia…”

gempak
22/07/2024
08:55 MYT
Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Zainuddin memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan dia tidak mempunyai hubungan yang baik dengan anak perempuannya itu.