HIBURAN
Anak Arwah Akiko Okumura Menangis Ketika Makan Di Restoran Jepun - “Menitik Air Mata”
Usahawan, Ridzuan Okumura berkongsi momen menyentuh hati apabila menceritakan detik penuh emosi anak lelakinya, Sky Taizo Okumura, yang tiba-tiba menangis ketika mereka sedang menikmati hidangan di sebuah restoran Jepun.
Menurut Ridzuan atau nama sebenarnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, Sky tidak dapat menahan sebak sewaktu menjamah makanan yang mengingatkannya kepada arwah ibunya, Akiko Okumura.
“Semalam saya bawa Sky pergi makan dekat restoran Jepun dan dia terus menangis.
“Bila makan pun sampai menitik-nitik air mata, teringatkan dekat arwah ibunya,” tulis Ridzuan dalam satu hantaran di Instagram.
Dalam masa sama, Ridzuan turut memohon doa agar anaknya itu terus tabah menghadapi ujian besar.
“Ya Allah, kau kuatkanlah semangat anak saya ini.
“Al-Fatihah buat insan yang terlalu istimewa, Aishah Abdullah atau Akiko Okumura, seorang manusia yang tidak pernah buat salah terhadap manusia.
Syurga tertinggi tempatmu, amin,” tutupnya.
Pasa awal Mac, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bahawa seorang wanita warga Jepun dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan bahawa mangsa ialah Akiko Okumura dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Ridzuan dan arwah Akiko mendirikan rumah tangga sejak 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13.
Must-Watch Video