Anak Arwah Aziz Desa Didakwa Ciplak Teks Juara Pemidato Dunia, Abang Tampil Beri Penjelasan
Izwan Isa
16/11/2023 09:55 MYT
16/11/2023 09:55 MYT
Anak kepada arwah Aziz Desa, Zhiddin Aziz mencuri tumpuan umum apabila dia didakwa memplagiat beberapa teks pidato karya individu yang dikenali sebagai Khairul Afsan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Khairul berkata, teks berkenaan merupakan karya yang dihasilkannya bersama Amirrudin Abd Rahman sewaktu melatih juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 Kategori Nusantara itu.
Zhiddin sudah pun membuat permohonan maaf terhadap Khairul. Bagaimanapun, pempengaruh itu masih menerima kecaman dalam kalangan netizen.
Tampil membela adiknya, abang kepada Zhiddin iaitu Zhaeim Aziz turut membuat kenyataan di platform X.
“Adik pun sudah meminta maaf dekat tuan punya karya. Biarkan itu urusan dia dan tuan badan. Dia pun tak tahu siapa pemilik karya sehingga video itu tular, dan sepatutnya tuan badan kena DM peribadi untuk maklumkan, bukan dengan cara begitu.
“Tak perlu nak menangguk di air keruh dan jadi manusia yang suka batu api untuk melagakan lagi keadaan. Berdosa. Kita semua sepatutnya bersatu meraikan bahasa Melayu bersama, bukan wujudkan persengketaan. Memalukan.
Sumber: 1, 2

BERITA TRENDING: Oh Rupanya Zhiddin Aziz Anak Ikon Penyiaran, Allahyarham Aziz Desa…Patutlah Petah Bercakap Macam Ayah Dia…
“Adik saya baru 21 tahun, budak baru belajar tentang bahasa. Biarkan dia berkembang dan belajar. Semoga ada potensi untuk terus membawa bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa,” tulisnya.Sumber: 1, 2