,
Laman Utama

Anak Ayu Puteh, Alif Ali Sedia Kena Kecam Sebab Slang Inggeris - "Mungkin Boleh Jadi 'Trademark' Saya ..."

Zulaikha Yusof
09/03/2021
01:00 MYT
Penyanyi baharu Alif Ali, 16, menerima dengan hati terbuka sekiranya dia menerima kecaman mengenai slang bahasa Inggeris dalam nyanyiannya, My Boo.
Menurut Alif, dia sudah bersedia sejak membuat keputusan untuk melangkah dalam industri seni sama seperti abang dan kakaknya, Fian dan Wanna Ali.
"Ya saya sedar tentang itu.. sebenarnya memang kita nak simpan accent tu sebab ia ada sesuatu, mungkin boleh jadi trademark (cara nyanyian) saya.
"Saya sudah bersedia untuk sebarang kecaman, mind set memang kena bersedia apabila melangkah kaki dalam industri ini.. Bagi saya itu lumrah!
"Sejujurnya pada awalnya saya agak pemalu untuk memulakan langkah dalam bidang seni tapi apabila melihat kakak dan abang iaitu Wanna dan Fian sudah ke hadapan, saya buang perasaan malu itu dan beranikan diri merakamkan lagu My Boo ini," katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Fian, 25, yang juga melancarkan single terbaru berjudul Al Shayang menyatakan mereka adik beradik sudah mempunyai perancangan untuk melakukan projek bersama.
Katanya, mereka akan melakukan yang terbaik supaya dapat membanggakan ibu, Datuk Ayu Puteh.
"Bila orang dah mula kenal kami sebagai adik-beradik, tidak mustahil sekiranya ada yang akan terpalit dengan kontroversi.
"Seorang terbabit cerita panas pasti yang lain turut terkena tempias tetapi apabila berada dalam industri sama saya sendiri tahu macam mana situasinya.
"Kami akan buat yang terbaik dan terus banggakan ibu. Insya-Allah mungkin suatu hari nanti saya, Alif dan Wanna akan ada projek bersama. Perancangan itu memang dah ada sejak dahulu," katanya.
Lagu Ala Shayang dan My Boo sudah boleh didapati di YouTube Indigital Music dan juga di semua platform digital.
BACA: Sebab Pengaruh Mama, Ayu Puteh, Fian & Alif Ali Senang Masuk Dalam Industri Seni - "Tak Semua Orang Dapat Peluang Macam Itu"
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Lagu Sejarah Buah Tangan Istimewa Siti Nurhaliza Usai Dinobat Biduanita Negara, Singkap Perjalanan Seni Hampir 30 Tahun– “Pada Mulanya Nak Masukkan Dalam Album Tetapi…”

gempak
14/11/2024
03:50 MYT
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila melancarkan single terbaharunya yang berjudul Sejarah usai menerima penganugerahan Anugerah Khas Biduanita Negara sempena Anugerah Seni Negara 2024 (ASN2024), malam tadi.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Sherry Ibrahim Beri Bayangan Bakal Muncul Dengan Single Baharu?

gempak
06/11/2024
12:55 MYT
Pelakon Sherry Ibrahim seakan memberi bayangan bakal muncul dengan single baharu?
Hiburan

Nina Ismail Sabri Bakal Nikah Dalam Masa Terdekat? - #GoodByeSingleNina”

gempak
10/09/2024
08:55 MYT
Bekas isteri kepada pereka fesyen Datuk Jovian Mandagie iaitu Nina Ismail Sabri mencuri perhatian ramai apabila bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
Hiburan

Vibes Galau & Melodi Menyentuh Hati, Lagu Baru One Avenue Band Boleh Buat Pendengar Menangis - "Ia Tentang Pasangan Tak Setia"

gempak
04/09/2024
17:58 MYT
One Avenue Band muncul dengan single baharu berjudul Jangan Pergi.
Unitar