Hiburan

Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Koma

gempak
Fiza Kamarudin
16/12/2019
05:13 MYT
Sponsor Banner
Anak Azian Mazwan Sapuwan Meninggal Dunia Selepas 3 Minggu Koma
Selepas tiga minggu berada dalam keadaan koma, anak kepada penyanyi era-80an Azian Mazwan Sapuwan, menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi.
Mohamad Aqil Zulkarnain meninggal dunia jam 11.30 pagi tadi di wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospitala Selayang.
Berita pilu tersebut dikongsi Azian yang juga bekas bintang Gegar Vaganza musim kedua, menerusi rakaman suara kepada rakan media.
Allahyarham Mohamad Aqil sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut kerana terlibat dalam kemalangan pada 22 November lalu.
Dalam kemalangan tersebut Mohamad Aqil mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.
Disebabkan keadaan tersebut, Mohamad Aqil dibius dan diletakkan dalam keadaan koma untuk rawatan.
[[BACA: Anak Azian Mazwan Sapuwan Terlibat Kemalangan, Sudah 13 Hari Koma Di Hospital]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024